Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nyaris Maut Rumah Terbakar

No Comment

Gambar Hiasan

JEMPOL - Dua beranak nyaris maut dan tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Felda Palong 10, dekat sini, malam tadi.

Pihak Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol megesahkan menerima  panggilan kecemasan pada 11.55 malam dan terus  bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Operasi Rosla Alias berkata pasukannya tiba di tempat kejadian pada 12.28 tengah malam dan mendapati api sedang marak.

"Bagaimanapun, api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan operasi selesai sepenuhnya pada 1.10 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya ketika kejadian terdapat seorang lelaki berumur lingkungan 20-an di dalam rumah itu, manakala ibunya tiada di rumah kerana bermalam di rumah saudara.

Katanya mangsa sempat menyelamatkan diri, namun 80 peratus rumah tersebut musnah dalam kebakaran itu.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli