Pembantu Teksi Didenda RM1,000 Kerana Tampar Pemandu Wanita
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi, Chong, yang didakwa telah membuli seorang wanita sehingga berdarah di mulut telah mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM 1,000.
Majistret Nur A'Minahtul Mardiah Md Nor telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada pemandu teksi berusia 48 tahun itu setelah mengaku bersalah mencederakan Tan Yun Ceat, 26, di Jalan Angkosa, Dang Wangi sekitar jam 7.40 pagi.
Dikatakan, satu pergaduhan telah terjadi diantara mereka ketika kereta mereka berlanggar ketika jalan mereka dihimpit oleh kereta-kereta yang 'parking' secara haram di kedua-dua bahu jalan.
Chong menampar Tan pada kedua-dua belah pipi Tan, menyebabkan pendarahan kecil di bibir. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini