Pemimpin Pelajar, Fahmi Zainol, Dihantui Masalah Blackout
Nampaknya, Fahmi Zainol, pemimpin pelajar yang namanya kerap mendapat liputan kebelakangan ini dihantui dengan masalah 'blackout' dimana sahaja dia ingin mengadakan jelajah "Reformasi Mahasiswa".
Kejadian 'blackout' ini boleh dilihat berlaku di Universiti Malaya, UIA dan yang terbaru dikhabarkan bakal berlaku di Universiti Malaysia Sabah, UMS.
“Hari ini pada malam 9 November, saya dan rakan-rakan aktivis mahasiswa akan memasuki kampus UMS untuk teruskan jelajah “Reformasi Mahasiswa”.
“Namun apa yang mendukacitakan, UMS sudah umumkan ‘blackout’ sama seperti di Universiti Malaya,” kata Fahmi memetik laporan dari The Malaysia Insider.
UMS baru-baru ini mengeluarkan surat pekeliling bagi memaklumkan tentang gangguan bekalan elektrik yang berlaku di seluruh kampusnya mulai 9 November sehingga 10 November.
Lebih menarik, gangguan tersebut akan berlaku dari jam 9 malam sehingga 8 pagi esok, waktu di mana program "Reformasi Mahasiswa" akan dijalankan oleh Fahmi di UMS.
Fahmi dan tujuh rakannya mula mendapat perhatian umum setelah tindakan mereka membawa Anwar ke kampus Universiti Malaya untuk program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” dan kini mereka menghadapi tindakan tatatertib dari UM ekoran perkara tersebut. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini