Penghapusan Subsidi Minyak Boleh Digunakan Untuk Pembagunan Negara, Najib
SERDANG: Penghapusan subsidi dan mengapungkan harga minyak bagi RON95 dan diesel pada bulan hadapan akan membolehkan kerajaan menggunakan wang tersebut kepada kepada perkara yang lebih penting iaitu pembagunan sosioekonomi negara.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penghapusan subsidi ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi minyak sebanyak 10 bilion hingga 20 billion setahun. Penjimatan ini akan dapat disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan di sektor pertanian.
“Tahun lepas kita punya subsidi minyak RM24 bilion, katakan tahun ini kita boleh jimat RM10 bilion hingga RM20 bilion, kita boleh gunakan duit itu untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat.
“Kita peruntukan RM6 bilion setahun untuk bidang pertanian tahun depan, cuba bayangkan kalau kita boleh jimat RM10 hingga RM20 bilion subsidi,RM6 bilion itu boleh jadi RM10 bilion, katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa pemberian subsidi lebih mengutungkan orang kaya berbanding orang biasa dengan mengambil contoh orang biasa naik motosikal dengan mengisi 7 liter minyak hanya beberapa sen subsidi orang biasa dapat tetapi orang kaya naik kereta Mercedes isi minyak 75 liter, mana yang lagi untung.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 di MAEPS, Sabtu.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini