Tun M: Subsidi Minyak Perlu Dikurangkan Berperingkat-peringkat Bukannya Sekaligus
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan subsidi sekaligus sebaliknya beliau berpendapat subsidi perlu dia kurangkan berperingkat-peringkat.
Beliau bersetuju dengan langkah untuk menghapuskan subsidi tapi tidak bersetuju sekaligus kerana tindakan ini akan membebankan rakyat Malaysia sendiri.
"Saya ingat kalau subsidi sekarang ini berkurangan bukan mana pun sebab harga minyak murah. Apabila harga minyak murah, tidak perlulah banyak subsidi. Jadi kalau kita nak kurangkan subsidi boleh lah tapi buat secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Universiti MAHSA di Putrajaya hari ini.
Menurut beliau lagi permansuahn subsudi secara mengejut ini akan mempengaruhi kestabilan ekonomi negara.
"Secara umumnya, saya bersetuju dengan pengurangan subsidi. Apapun kita buat secara berperingkat-peringkat. Pengurangan sepatutnya sedikit demi sedikit sehingga dihapuskan sebab dia boleh mempengaruhi keadaan ekonomi."
Soalan ini ditanya kepadanya kerana 2 hari lepas kerajaan telah mengumumkan penghapusan subsidi berkuatkuasa 1 Disember ini.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini