Peniaga nasi kandar dihukum gantung sampai mati mengaku edar kanabis
ALOR SETAR: Seorang peniaga nasi kandar, Akbar Ali Abdul Rahman, 37, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi atas kesalahan mengedar 9,401.8 gram dadah jenis kanabis di Arau, Perlis pada Oktober tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abd Wahab, ke atas Akbar Ali Abdul Rahman, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, Akbar Ali yang berasal dari Pulau Pinang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di tepi jalan berhadapan kedai Celcom di Kawasan Kompleks Tok Arau di Perlis, kira-kira jam 9 malam pada12 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.
Akbar Ali sebaik keputusan itu dibacakan Hakim bagaimanapun kelihatan tenang.- BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini