Arsenal mara selepas atasi Dortmund
LONDON: Arsenal mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara untuk musim ke-15 berturut-turut apabila jaringan pertama Yaya Sanogo untuk kelab itu dan gol Alexis Sanchez memberi kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund awal pagi tadi,
Pasukan Arsene Wenger amat memerlukan kemenangan dalam saingan Eropah untuk mengembalikan semangat selepas kekalahan berturut-turut kepada Swansea dan Manchester United yang menyebabkan ia ketinggalan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Sanogo mengambil masa kurang daripada dua minit untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dalam penampilan ke-18 selepas perpindahan percuma dari Auxerre pada 2013.
Jaringan cantik pada separuh masa kedua oleh Sanchez memastikan kelab utara London itu yang hanya memerlukan satu mata untuk mara dari Kumpulan D, sekali lagi layak ke peringkat kalah mati dalam saingan elit bola sepak Eropah itu.
Arsenal masih boleh merampas tempat teratas kumpulan dari Dortmund jika menang pada perlawanan terakhir di Galatasaray pada 9 Disember dan pasukan Jerman itu tewas kepada Anderlecht. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini