Ludogorets ikat Liverpool 2-2
SOFIA, Bulgaria: Ludogorets menyamakan kedudukan pada lewat permainan untuk mengikat Liverpool 2-2 awal pagi tadi, namun keputusan itu menamatkan harapan pasukan tuan rumah untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Dani Abalo membuka jaringan untuk Ludogorets pada minit ketiga selepas merembat bola yang terlepas daripada tangkapan penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.
Rickie Lambert mempergunakan kesilapan pertahanan lima minit kemudian untuk menyamakan kedudukan dengan tandukan yang menewaskan penjaga gol Vladislav Stoyanov.
Jordan Henderson menyambut hantaran Raheem Sterling untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-37.
Pemain pertahanan Ludogorets, Georgi Terziev menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-88 hasil sepakan sudut.
Pasukan tuan rumah tidak dapat mara ke peringkat seterusnya tetapi Liverpool boleh dengan menewaskan Basel pada perlawanan terakhir Kumpulan B. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini