Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA HARI INI

No Comment


AMARAN KATEGORI PERTAMA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) dan W.P Labuan bermula pada Jumaat, 28 November 2014 sehingga Ahad, 30 November 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Rabu, 26 November 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B : AMARAN UNTUK PERKAPALAN

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu, Palawan, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Condore bermula pada Jumaat, 28 November 2014 sehingga Ahad, 30 November 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli