Penyelia Syarikat Dipenjara 45 Hari Rasuah Balak
KUALA LUMPUR: Penyelia sebuah syarikat pembalakan, Law King Chai, 47, hari ini didapati bersalah kerana memberi rasuah RM2,000 kepada pegawai polis pada September lalu dikenakan hukuman penjara dan denda sebanyak RM10,000.
Dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, King Chai telah menukar pengakuan memberi rasuah bagi melepaskan diri daripada ditahan atas kesalahan melakukan pembalakan haram kemudiannya telah dijatuhi hukuman.
“Hakim Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman 45 hari penjara dan denda RM10,000 manakala wang rasuah RM2,000 pula telah dilucut hak. Tertuduh membayar denda dan dihantar ke Penjara Sibu bagi menjalani hukuman penjara,” kata kenyataan itu hari ini.
Tertuduh adalah antara individu ditahan dalam operasi besar-besaran, Ops Tukul yang dilaksanakan SPRM di negeri ini bagi mengekang kegiatan pembalakan haram. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini