Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Range Rover Versi China Disaman Kerana Tiru Rekaan Range Rover

No Comment


Syarikat pengeluar kereta terkemuka Range Rover hari ini dikatakan akan menyaman sebuah syarikat pengeluar kereta China, LandWind kerana didakwa menciplak bentuk rekaan kereta Range Rover Evoque tanpa kebenaran mereka.

Selain meniru rekaan Range Rover syarikat tersebut jugak telah menjual kereta tersebut dengan harga murah iaitu RM73,596 berbanding harga yang ditawarkan oleh Range Rover RM210,248 di negara tembok besar itu.

Range ROver Evoque

Penjualan kereta tersebut dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan di sana dan telah menyebabkan pasaran Range Rover terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Land Rover, Dr Ralf Speth telah melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan tersebut dan menempelak China kerana membiarkan budaya meniru dan klon di negaranya berleluasa.

“Soal siasat mengenai perkara ini sedang dijalankan dan selepas ini kami sedang pertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan untuk melindungi hak intelek syarikat kami,” Katanya lagi- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli