Rangka Tulang Wanita Dijumpai Dalam Tangki Banglo
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Rangka tulang seorang wanita telah ditemui tenggelam bersama najis di dalam tangki sebuah banglo yang belum siap di Bukit Damansara.
Polis berkata penemuan itu telah dilaporkan kepada mereka sekitar jam 6.30 petang Khamis dan mereka masih dalam usaha mencari lebihan tulang di dalam tangki banglo itu yang dikatakan didalam proses pengubahsuaian.
Pegawai yang bertanggungjawab Cif Inspektor Edmond Wong berkata banglo itu juga menjadi kuarters pekerja yang terlibat dalam kerja pengubahsuaian itu.
Hasil siasatan awal, polis percaya rangka itu adalah milik wanita Indonesia yang sudah mati lebih dari tiga bulan.
"Kami sedang berusaha untuk mengeluarkan rangka tersebut perlahan-lahan kerana baunya benar-benar tidak tertanggung," katanya. "Kita boleh melihat tulangnya terapung di sekeliling tetapi tidak badannya"
Polis telah menahan lapan warga asing yang mana kesemuanya menghuni kuaters di banglo berkenaan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
