Pekerja kesihatan yang memakai pakaian perlindungan mengangkat pesakit yang disyaki dijangkiti Ebola ke Pusat Rawatan Ebola di Patrice, Afrika Barat baru-baru ini. - Foto AFP |
Mali adalah negara Afrika Barat keenam yang menghadapi penularan wabak berkenaan yang mana setakat ini sudah mengorbankan 5,459 mangsa sejak kes pertama direkodkan awal tahun ini di Guinea.
Kerajaan Mali tidak memberi maklumat mengenai kes terbaru itu atau bagaimana jangkitan berlaku, tetapi kes itu adalah susulan satu kes lain yang disahkan Sabtu lalu.
Katanya, kedua-dua mangsa kini ditempatkan di pusat rawatan Ebola.
Dalam laporannya, kerajaan Mali menyatakan status kesihatan 271 orang yang pernah menyentuh pesakit Ebola, kini sedang dipantau.
Jumaat lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semua enam mangsa Ebola di Mali sudah meninggal dunia. – Reuters