Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga maut kereta bertembung

No Comment


KUALA KANGSAR – “Carilah orang muda untuk menggantikan saya, mungkin lepas ini saya sudah tiada.”

Demikian ucapan Pembantu Pengurus Kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Gerik, Pe­rak, Mohd. Aminuddin Mohd. Hashim, 57, sewaktu merasmikan program Hari Anugerah, Sekolah Agama Rakyat Chepor dekat sini Isnin lalu.

Kata-kata Mohd. Aminuddin itu membayangkan dia seolah-olah tahu ajalnya sudah dekat. Semalam, Mohd. Aminuddin yang memandu Mercedes Benz maut selepas bertembung de­ngan sebuah Proton Satria di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik.


Kejadian pukul 1.10 pagi di Kampung Chuar, Kati itu turut mengorbankan penumpang Mercedes, Hanita Ariffin, 46, dan pemandu Satria iaitu seorang anggota tentera, Safani Hassan, 28, yang rentung selepas keretanya terbakar.

Dua mangsa yang cedera ialah penumpang Mercedes, Razali Yaakub dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya.

Menurut isteri Mohd. Aminuddin, Norzila Muad, 50, kali terakhir dia bertemu suaminya ialah kira-kira pukul 1 petang kelmarin semasa mangsa pulang ke rumah di Kampung Chepor untuk menunaikan solat Zuhur.

“Pada sebelah pagi, arwah sempat menghantar anak keempat, Fatima Amila yang berusia 22 tahun ke Ipoh kerana dia mahu pulang ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak dengan menaiki bas.-KOSMO!
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli