CHINA: Baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan rakyat negara China apabila tersebar video seekor anak panda yang bernama Hu Ni telah ditampar oleh pekerja zoo di Pusat penyelidikan Panda,Sichuan telah dimuat naik di internet dan menjadi viral di sana.
Di dalam video itu menunjukkan panda tersebut cuba untuk mendekati beliau tetapi beliau cuba menghalau panda tersebut dari mendekatinya dengan menampar Ni Hua. Tindakan itu terus mendapat kecaman orang ramai kerana Panda yang melambangkan negara China itu sepatutnya dilayan dengan baik kerana panda itu tidak melakukan sesuatu yang kasar kepada penjaga zoo tersebut.
Pihak zoo yang menyedari tentang video tersebut telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan tidakan penjaga zoo itu kerana mendakwa gigi dan kuku panda boleh menyebabkan kecederaan kepada penjaga zoo tersebut kalau tidak dihalau.
“Penjaga zoo di sini selalu cedera disebabkan oleh panda meskipun ia tidak bermaksud untuk mencederakan mereka,’’ kata pihak zoo.
Bagaimanapun pihak zoo mengakui tindakan yang dilakukan oeh penjaga zoo yang menampar anak panda tersebut adalah bukan cara yang terbaik untuk menghalau anak panda tersebut kerana ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menghalaunya.
Pihak zoo telah pun mengambil tindakan terhadap penjaga zoo tersebut dengan menggantung kerjanya sehingga kes ini selesai disiasat.- Siakapkeli.com.my