Virus Yang Menyebabkan Manusia Lebih Lembab Ditemui
Satu virus yang menjangkiti otak manusia dan membuatkan manusia lebih 'lembab' telah ditemui, menurut beberapa saintis dari US.
Virus yang menjangkiti algae tersebut, yang sebelum ini tidak pernah diperhatikan didalam tubuh manusia yang sihat, didapati boleh merosakkan fungsi kognitif termasuklah pemprosesan visual dan kesedaran spasial(ruang).
Saintis di Sekolah Perubatan Johns Hopkins dan University of Nebraskan membuat penemuan itu secara tidak sengaja ketika mereka sedang mengkaji bakteria dalam tekak.
Saintis-saintis tersebut mendapati DNA yang terdapat di dalam tekak individu yang sihat menyerupai DNA virus tersebut yang biasanya menjangkiti algae hijau.
Dr. Robert Yolken, virologist yang mengetuai kajian tersebut berkata "Ini adalah contoh yang menarik bagi membuktikan bahawa mikroorgansima 'berbahaya' yang kita bawa boleh mempengaruhi tingkah laku dan kognisi kita".
Menurut Yolken, perbezaan fisiologi antara manusia dikodkan dalam setiap gen yang diwarisi oleh ibu bapa masing-masing, namun terdapat juga perbezaan yang didorong oleh pelbagai mikroorganisma dalam badan dan cara mereka berinteraksi dengan gen-gen manusia.
Dari 90 peserta yang mengikuti kajian tersebut, 40 dari mereka disahkan dijangkiti virus algae tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati mereka yang dijangkiti dengan virus terbabit menunjukkan prestasi teruk dalam ujian yang dicipta untuk mengukur kepantasan dan ketepatan pemprosesan visual. Mereka juga mendapat markah yang rendah di dalam tugasan yang memerlukan fokus.
Badan manusia mempunyai trillion bakteria, virus dan kulat. Kebanyakannya tidak merbahaya, tetapi penemuan ini mendedahkan bahawa terdapat juga mikroorganisma yang boleh mempengaruhi fungsi kognitif manusia tetapi dalam masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini