Zahid Jemput Nazri Ke Sabah Tanpa Ditemani Pengawal
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjemput Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menemaninya ke Sabah tanpa ditemani oleh pengawal peribadi supaya dia sendiri boleh mengukur tahap keselamatan di negeri tersebut.
"Saya mahu menjemput(Nazri) untuk menemani saya ke negeri tersebut tanpa pengawal peribadi supaya dia boleh lihat(tahap keselamatan) sendiri", kata Zahid yang juga Menteri di Dalam Negeri.
Menurut Zahid, Sabah kini lebih selamat setelah seorang pegawai kanan polis diletakkan bagi mengetuai Esscom. Menurut Zahid, Sabah kini lebih selamat berbanding dengan enam bulan lepas.
Baru-baru ini, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan dengan berkata Sabah tidak selamat untuk dilawati sekaligus memberi impak yang negatif terhadap negeri tersebut. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
