Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

200 penumpang kapal pesiaran New Zealand dijangkiti wabak 'norovirus'

No Comment

Gambar Hiasan

WELLINGTON: Pihak berkuasa kesihatan di New Zealand berkata kira-kira 200 penumpang sebuah kapal pesiaran didapati jatuh sakit akibat dijangkiti wabak 'norovirus'.

Penumpang terbabit adalah antara lebih 1,500 yang berada di dalam kapal berkenaan, 'Dawn Princess', yang dijadualkan berlepas ke Australia hari ini bagi melengkapkan pelayaran selama 13 hari.

Kapal itu dikendalikan oleh 'Princess Cruises', sebuah bahagian 'Carnival Corp' yang berpusat di Miami.


Pegawai perubatan Jabatan Kesihatan Canterbury, Dr Alistair Humphrey, berkata pegawainya melakukan ujian dan mengesahkan bahawa ia adalah jangkitan 'norovirus'.

Penyakit berkaitan perut itu boleh berlaku antara satu hingga tiga hari dan boleh mengakibatkan sakit perut, pening, cirit-birit dan muntah.

'Princess Cruises' dalam satu kenyataan menyatakan penumpang yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di kabin berasingan sehingga tidak ada lagi tanda pada mereka yang kuman itu boleh merebak.

Anggota kru kapal berkenaan menyembur tombol pintu, butang lif dan penghadang tangga dengan semburan kuman bagi mengelakkan jangkitan. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli