Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) Janji Keselamatan 1500 Penyokong Malaysia Di Vietnam Nanti
HANOI: Semalam adalah merupakan salah satu detik hitam dalam bola sepak Malaysia selepas penyokong Hooligans bola sepak Malaysia telah memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam.
Tindakan ini telah mendapat kecaman yang hebat dari rakyat Vietnam dan ada peminat dari sana akan membalas perbuatan tersebut apabila peminat Malaysia bertandang ke Hanoi nanti untuk perlawanan separuh akhir kedua.
Bagaimanpun Persatuan Bola Sepak Vietnam(VFF) telah memberi jaminan dan komited untuk melindungi penyokong bola sepak dari negara kita.
Bagaimanapun menurut pengerusi Persatuan Bola Sepak Vietnam VFF, Le Hung Dung, mereka akan memberi jaminan dan komited untuk melindungi penyokong bola sepak dari Malaysia
"Saya berasa amat sedih apabila dengan peminat Vietnam diserang di Malaysia. Sebelum perlawanan, saya telah meminta badan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melindungi penyokong Vietnam."
"Kedua persatuan juga telah bersetuju untuk menjaga keselamatan penyokong kedua-dua belah sebaik mungkin unutk menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi," katanya
Beliau yang terkejut dengan insiden ini telah menyuruh Naib Presidennya, Tran Quoc Tuan, melaporkan kejadian ini kepada Kesatuan Bola Sepak Asia(AFF) dan akan mengatasi masalah keselamatan peminat Malaysia di Hanoi nanti.
Mereka juga menasihati FAM untuk mengurangkan jumlah penyokong Malaysia dari 1500 orang ke jumlah yang lebih kecil kerana takut kemungkinan yang terjadi kerana kemarahan peminat Vietnam yang tengah memuncak.
Mereka bagaimanapun menegaskan komited untuk memberi keselamatan mutlak kepada penyokong Malaysia yang disahkan Le Hung Dung sendiri-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini