KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Tengku Mansor hari ini telah melancarkan 1WPrice iaitu satu aplikasi telefon pintar yagn direka khas untuk memantau harga barang dan membandingkan harga-harga barang keperluan asas di Wilayah Kuala Lumpur, Putrayjaya dan Labuan.
Sistem ini dibuat untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati dimana pengguna boleh memuatnaik harga barang yang dijumpai dan membandingkan sesama pengguna lain di dalam aplikasi tersebut.
Dari interface ia menggunakan konsep media sosial seperti Facebook.
Menurut Adnan, “Saya ambil kaedah ini ketika di Taiwan dahulu dimana eelama 20 tahun harga tidak naik.
“Kenapa tidak naik? Dengan adanya kedai yang naikkan harga, pelanggan akan beritahu (melalui aplikasi).
“Kedai ini mahal dan kedai ini murah. Jadi peniaga tidak naikkan harga selama 20 tahun,” ujarnya.-Siakapkeli.com.my