Bapa Ditikam Ketika Pujuk Anak Balik Rumah
Kuala Terengganu – Kurang 24 jam selepas menikam rakan sekerja, seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun bertindak menikam bapa sendiri di rumah rakannya di Kampung Tasek, Bukit Payong, Marang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, suspek yang sebelum ini menghilangkan diri sebaik menikam dada rakan sekerjanya di Kuala Ibai, Jumaat lalu, menikam pula dada bapa kandungnya malam kelmarin ketika bersembunyi di rumah rakannya.
Bapa mangsa yang berusia 68 tahun berkata, kejadian berlaku ketika dia cuba memujuk anak kedua daripada sembilan beradik itu pulang ke rumah.
Menurutnya, pujukan itu bukan saja tidak berkesan, malah menaikkan darah anaknya hingga bertindak luar batasan dengan menikam dadanya dengan pisau hingga berlubang.
“Selepas mengetahui anak saya menikam rakan sekerjanya di tempat kerja di Kampung Kuala Ibai daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan itu, tanpa berlengah, saya terus mencarinya sebelum menemui dia mengayuh basikal di Kampung Tasek,” kata bapa malang itu.- myMetro Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini