Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keputusan kes saman RM2 juta terhadap Hadi Awang ditetapkan 15 Disember ini

No Comment


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 Disember ini untuk keputusan kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan mahkamah meneliti hujahan akhir oleh peguam kedua belah pihak, plaintif (Mohd Shamsul) dan defendan (Abdul Hadi) hari ini.

Terdahulu, mahkamah turut mendengar kenyataan saksi terakhir plaintif dari akhbar KOSMO, Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26.

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman fitnah itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13, pada 22 April tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR itu dengan pil kuda dan berfahaman komunis, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.-Berita Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli