Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kumpulan Abu Sayyaf bebaskan 
Sai Chiun

Chan Sai Chiun


KOTA KINABALU 10 Dis. – Setelah hampir lima bulan seorang pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kunak, diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, lelaki itu akhirnya dibebaskan hari ini.

Chan Sai Chiun, 32, yang berasal dari Ipoh, Perak, dibebas dan dise­rahkan dengan selamat kepada pa­sukan keselamatan di Jolo, selatan Filipina, pukul 3 petang semalam, seterusnya dibawa dengan bot laju untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, pada pukul 6.45 pagi.

Difahamkan, selepas itu, Sai Chiun akan dibawa pulang ke kampung halamannya dengan menaiki kapal terbang.

Menurut sumber, Sai Chiun dibebaskan hasil rundingan pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pembebasan tersebut melibatkan sebarang pembayaran.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi hari ini enggan memberikan sebarang kenyataan.

Dalam kejadian itu, Sai Chiun diculik empat lelaki bersenjata di pusat ternakan yang baru diusahakannya di Kampung Air Sapang, kira-kira 10 kilometer dari pekan Kunak pada 16 Jun lalu.

Pembebasan lelaki berkenaan adalah kejayaan kali ketiga pihak keselamatan negara mengadakan perundingan dengan kumpulan pengganas dari selatan negara jiran itu.

Terdapat empat siri penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah pada tahun ini termasuk kes penculikan Sai Chiun. - Utusan Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli