Sunye (Wonder Girls) Umum Tinggalkan Dunia Seni
PENYANYI popular Korea Selatan iaitu Sunye secara rasminya mengesahkan untuk bersara daripada dunia muzik termasuklah meninggalkan kumpulan Wonder Girls.
Dalam satu temubual dengan Joongang Ilbo, Sunye, 25, berkata, tidak mungkin untuk dia kembali kepada dunia hiburan.
"Saya mahu menumpukan masa saya kepada kerja-kerja dakwah,” katanya.
Menerusi temubual itu Sunye mendedahkan dia mempunyai pegangan agama yang kuat dan sentiasa pergi ke gereja sejak kecil dan "bertemu Jesus" semasa di New York ketika menjayakan single berjudul Nobody.
”Saya percaya kepada Tuhan sejak kecil apabila kerap kali ke gereja bersama nenek. Semasa saya di Amerika Syarikat, saya meluangkan masa ke gereja setiap pagi melakukan sembahyang untuk mengisi kekosongan jiwa,” katanya.
Tambah Sunye, semasa berada pada zaman kemahsyuran, dia sukar mendapat ketenangan jiwa sehinggalah selepas dia ‘berjumpa’ Tuhan, hidupnya terus berubah.
Sunye memulakaan kejaya seninya pada 2001 menerusi projek Park Jin Young dan dia menghabiskan masa enam tahun untuk berlatih sebelum menyertai kumpulan Wonder Girls.
Album Wonder Girls mencapai tahap jualan luar biasa menerusi Tell Me dan So Hot sehingga kerjaya mereka di kembangkan ke New York pada 2009.
Pada Januari 2013 ketika di New York, Sunye berkahwin dengan James Park, seorang rakyat Kanada yang dilahirkan di Korea.
Mereka kemudian mendapat anak perempuan pada bulan Oktober tahun yang sama. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini