Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Arahkan Cadangan Undang-undang Perlesenan Memancing 2015 Dibatalkan Serta Merta

No Comment


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob sebentar tadi melalui laman Facebooknya telah memberitahu cadangan peraturan untuk mewajibkan pemancing mengambil lesen untuk memancing pada tahun 2015 ditarik serta merta.

Ini bagi menjawab pelbagai pertanyaan yang diposkan di facebook miliknya. Beliau memberitahu tidak mengetahui tentang peraturan ini di peringkat kementeriannya dan mengarahkan pegawai Jabatan Perikanan untuk berjumpa dengan beliau esok.

Beliau turut menyifatkan cadangan ini tidak asuk akal dan turut berasa marah jika undang-undang tersebut dilaksanakan.



Artikel sebelumnya: Pemancing Kini Perlu Ada Lesen Untuk Memancing Tahun 2015

Beliau mengakui perkara ini telah dicadangkan dari Jabatan Perikanan tetapi tidak pernah dibincang diperingkat kementerian.

Dengan kenyataan dari 'Orang Kuat' ini nampaknya undang-undang lesen memancing yang tersebar sebelum ini akan dibatalkan serta merta.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli