Kaki Pancing Selar Undang-Undang Perlesenan Untuk Memancing
Berita tentang perlaksaan undang-undang untuk mewajibkan kaki pancing mengambil lesen 2015 sebelum memancing telah mendapat reaksi yang negatif dari kaki pancing.
Baca: Pemancing Kini Perlu Ada Lesen Untuk Memancing Tahun 2015
Kepada pemancing yang tidak mempunyai lesen akan dikompaun dengan nilai RM500 dan sekiranya mengulang kesalahan sebanyak 3 kali si pemancing akan didakwa dimahkamah.
Perkara ini telah menjadi viral di laman sosial dengan rata-rata pemancing telah menempelak niat Jabatan perikanan ini kerana di sifatkan sebagai sesuatu yang kejam kerana ini akan menghalang hobi mereka.
Rata-rata kaki pancing di facebook telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kebanyakkannya telah memakai gambar di atas tanda solidariti membantah perlaksanaan undang-undang tersebut yang di anggap tidak masuk akal.
Laman Facebook Jabatan Perikanan nampaknya sudah menjadi tempat untuk kaki pancing meluahkan perasaan tidak puas hati ini.
Berikut adalah luahan rasa tidak puas hati kaki pancing dan troll oleh mereka.
Admin pun kaki pancing dan merasakan perkara ini tidak patut dilakukan oleh Jabatan perikanan kerana ini adalah rezeki kurniaan ALLAH kepada manusia yang patut dikongsi dan bukan untuk diperdagangkan dengan mengenakan lesen. Lepas ni habis la orang kampung admin kena tangkap sebab tidak ada lesen termasuk makcik-makcik yang mengharap sumber makanan mereka dengan tangkapan ikan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini