Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemancing Kini Perlu Ada Lesen Untuk Memancing Tahun 2015

No Comment
Kemaskini: Menteri Arahkan Cadangan Undang-undang Perlesenan Memancing 2015 Dibatalkan Serta Merta


Dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan mewajibkan kaki pancing untuk mengambil lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan memancing bermula tahun 2015 nanti.

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.


Bagi pemancing yang ditangkap tidak mempunyai lesen akan dikompaun dan akan akan didakwa di mahkamah jika terus melanggar kesalahan tersebut.

Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.


Objektif utama Perlesenan sukan memancing ini adalah satu usaha untuk menaik taraf sukan reakrasi di lautan dan memastikan populasi spesis ikan dapat dikawal.

Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan Perikanan ini akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.

Peratutan ini telah diwartakan oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli