Baguslah berambus. Jangan pulang lagi! Kata KJ kepada Ali Abdul Jalil
Menteri Belia Dan Sukan, Khairi Jamaluddin harini ini memberi reaksi kepada Ali Abdul Jalil yang telah mengkritik kerajaan kerana telah membatalkan pasportnya.
Khari dalam reaksinya berkata "Baguslah berambus. Jangan pulang lagi.” selepas berang dengan Ali yang kononnya mendaapt kad suaka politik daripada kerajaan Sweden.
Ali melalui akaun Facebooknya telah memuat naik gambarnya yang sedang berada di Sweden dan turut memuat naik gambar kad suaka yang diperolehnya itu selepas lari dari negara kerana dikehendaki polis untuk didakwa dibawah akta hasutan.
“Sekarang aku pegang kad suaka, bawah undang undang PBB dan perjanjian Dublin
“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangsat kerajaan Umno...,”kata Ali di daam akaun faebooknya.
Beliau juga terus mengkritik kerajaan pimpinan Umno dan pengaruh institusi monarki di negara ini.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini