Rafizi Memilih Untuk Bersemuka Najib Di Mahkamah
KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan notis mohon maaf yang dihantar oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak melalui syarikat guaman Firma Hararizam Wan & Aisha Mubarak kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, hari ini Rafizi telah menegaskan beliau akan menjawab segala tuntutan tersebut di mahkamah.
BACA: Rafizi Bertegas Tidak Akan Mohon Maaf Kepada PM Isu Subsidi
“Saya telah menjawab surat tuntutan yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melalui peguam saya, N.Surendran dan Tetuan Daim Gamany.
“Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nampaknya kes ini akan menjadi bertambah panjang kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah. Apa pun nanti kita tunggu perkembangan seterusnya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini