Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serah Kepada Orang 7 Anak kerana Terlalu Ramai Dan Miskin

No Comment


Sebuah keluarga besar di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan Perak ini terpaksa menyerahkan 7 orang anaknya kepada orang lain untuk dijaga kerana terlalu ramai dan tidak mampu menyara mereka semua kerana masalah kewangan.

Menurut ibu yang tabah ini,Rosmawati Dani, ada orang menuduh dia menjual anak dan ada jugak orang memerlinya kerana beliau kerap melahirkan anak.

"Saya bukan jual anak dan bukan tak sayang anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana remuknya hati saya apabila anak-anak yang saya lahirkan terpaksa diberi kepada orang lain disebabkan desakan hidup.

"Saya tak mampu untuk menanggung anak-anak saya kerana pendapatan suami sebagai pekerja tukang rumah pun tidak cukup untuk menyara hidup kami sekeluarga,” kata Rosmawati Dani yang dipetik dari MalaysiaGazette.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan orang ramai kerana mengatanya macam-macam dan yang pelik kenapa harus mereka sakit hati dengannya dengan memerli dia tahu beranak sahaja.

"Saya tak tahu nak kata apa bila terdengar suara-suara sumbang yang menyalahkan saya beranak ramai sedangkan suami saya sememangnya tidak mampu untuk menyara keluarga.

"Memang pedih telinga mendengar tetapi saya tidak pandai merancang. Tidak ada siapa yang datang menasihatkan saya, sebaliknya hanya pandai mencaci,” jelasnya.


Beliau yang tidak berkemampuan ini sudah banyak kali memohon bantuan dari pelbagai agensi kerajaan tetapi satupun tidak ada maklum balas yang positif.

"Tak layan satu hal, kami anak beranak pernah dihalau keluar dari pejabat berkaitan atas alasan ramai lagi orang miskin yang lebih layak menerima bantuan daripada saya.Kalau dah namanya orang miskin, tak siapa yang akan pandang."

"Itulah hakikat hidup dan saya serik untuk menagih simpati lagi dengan mana-mana pihak sehingga hari ini." Luah beliau

Suamo beliau Baharuddin Sulaiman, pula hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan berpendapatan RM15 sehari dan sememangnya tidak cukup untuk menampung dia dan anak-anak.\

"Bagi saya, kalau sesiapa ada rasa simpati, datanglah hulur bantuan yang mana patut dan saya terima dengan penuh kesyukuran," ujarnya.

Keran terlalu miskin empat dari 7 anak beliau yang masih bersamanya terpaksa berhenti sekolah  dan membantu menari nafkah.

"Dia pun tak bekerja dan mengharapkan ehsan suami yang tiada pekerjaan tetap. Nak kerja tak boleh sebab belajar setakat tingkatan dua.

"Sekarang yang tinggal bersama saya cuma enam orang anak dan yang masih kecil berusia dua tahun. Anak-anak yang diserahkan kepada orang cuma dua orang yang dikenal pasti penjaganya manakala selebihnya terputus hubungan terus tanpa dapat dikesan," ceritanya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli