![]() |
Ani Arope meninggal dunia akibat penyakit barah yang dihidapinya lebih dua tahun lalu. |
Tokoh berusia 83 tahun yang menjalani rawatan di hospital berkenaan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), kira-kira jam 5.26 pagi.
Allahyarham dikatakan menghidap barah prostat sejak lebih dua tahun lalu.
Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dibawa ke Balai Islam (TNB) Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, jam 9 pagi bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam.
Ucapan takziah boleh disampaikan menerusi Facebook Ani Arope atau Sakinah Ani Arope. - mStar online