Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Teknologi berkhatan Sunatech boleh diperluaskan ke luar negara - Najib

No Comment


PEKAN: Datuk Seri Najib Razak hari ini mencadangkan supaya kaedah berkhatan terbaru yang menggunakan teknologi Sunatech yang diperkenalkan oleh syarikat tempatan diperluaskan dan dikomersialkan ke luar negara.

Perdana Menteri berkata, kaedah itu lebih mudah dan tidak menyakitkan berbanding kaedah lama serta tradisional.

"Kalau boleh saya hendak ia dieksport ke luar negara kerana permintaan banyak, bukan saja orang Islam diwajibkan malah ada agama lain mengatakannya (berkhatan) sebagai satu amalan kesihatan yang baik.

"Saya juga hendak tawarkan Sunatech ini digunakan di kampung-kampung, saya akan berbincang dengan wakil syarikat supaya perkhidmatan ini dapat dinikmati di kawasan yang sukar dilawati doktor," katanya merasmikan program berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di sini, sebentar tadi.

Teknologi Sunatech yang dibangunkan Sunatech Sdn Bhd itu kali pertama digunakan pada program berkhatan anjuran bersama Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dan Biro Agama UMNO Malaysia berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ishak Muhamad.-Berita Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli