Bas Berhenti Penumpang Mahu Buang Air Besar Punca Kemalangan
KUANTAN - Seorang buruh binaan warga Bangladesh dihukum penjara 14 hari selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengeluarkan cerita berbaur lucah kepada seorang wanita.
Tertuduh dikenali sebagai Mahfuz, 24, turut didenda RM500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengeluarkan cerita berbaur lucah kepada seorang wanita berusia 42 tahun ketika berada di kedai pakaian dalam wanita dalam sebuah pusat membeli belah di sini.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 4.30 petang 21 Januari lalu sebelum wanita terbabit (pengadu) membuat laporan polis.
Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar tidak dipenjarakan sebaliknya memadai hukuman denda paling minima memandangkan dia sudah lima hari berada dalam tahanan reman.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebelum kejadian, bas ekspres yang membawa 28 penumpang menghala ke Kuala Terengganu, Terengganu, dari Kajang, Selangor, terpaksa berhenti di lorong kecemasan apabila seorang daripada penumpang mahu membuang air besar.
“Pemandu memberhentikan bas di lorong kecemasan sebelum kereta dipandu Aimi dari arah sama melanggar belakang bas ekspres berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, pemandu bas ekspres berkenaan bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Maran dan dihantar ke Hospital Bandar Jengka (HBJ), dekat sini untuk bedah siasat,” katanya.
Mohamad Noor berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kita tidak pasti apa yang berlaku dan amat memerlukan kerjasama saksi bagi membantu siasatan,” katanya. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini