Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pekerja Buruh Binaan Bangladesh Mengaku Bersalah Keluar Cerita Berbaur Lucah

No Comment


KUANTAN - Seorang buruh binaan warga Bangladesh dihukum penjara 14 hari selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengeluarkan cerita berbaur lucah kepada seorang wanita.

Tertuduh dikenali sebagai Mahfuz, 24,  turut didenda RM500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengeluarkan cerita berbaur lucah kepada seorang wanita berusia 42 tahun ketika berada di kedai pakaian dalam wanita dalam sebuah pusat membeli belah di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 4.30 petang 21 Januari lalu sebelum wanita terbabit (pengadu) membuat laporan polis.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar tidak dipenjarakan sebaliknya memadai hukuman denda paling minima memandangkan dia sudah lima hari berada dalam tahanan reman. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli