![]() |
TAN dituduh memiliki empat bom buatan sendiridi. FOTO Danial Saad |
Nibong Tebal: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki empat butir bom buatan sendiri ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Tan Chai Hok, 43, mengaku tidak bersalah selepas faham terhadap tuduhan dikenakan keatasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Jaafar.
Chai Hok, dituduh memilik bahan letupan iaitu bom buatan sendiri yang menimbulkan anggapan munasabah digunakan untuk mendatangkan kecederaan.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Badak Mati, 11.25 pagi, 17 Januari lalu.
Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun dan sebatan.
Siti Salwa kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Ahmad Syafiq Ahmad Nordin. ─ myMetro online