Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nadal Tewaskan Kevin Anderson, Mara Ke Suku Akhir

No Comment

MELBOURNE – Pemain tenis nombor tiga dunia, Rafael Nadal menamatkan penguasaan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson yang terkenal dengan servis kuat untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia, sebentar tadi.

Nadal menewaskan pemain ranking ke-15 itu dengan straight set 7-5, 6-1, 6-4 dalam asa dua jam enam minit di gelanggang Rod Laver Arena untuk bertemu pemain pilihan ketujuh dari Republik Czech, Tomas Berdych.

Ia adalah suku akhir kelapan Nadal di Terbuka Australia dalam usaha memburu gelaran juara keduanya selepas tewas kepada Stan Wawrinka pada final tahun lalu.

Nadal yang menang Terbuka Australia pada 2009, menunjukkan permainan selesa tanpa dihambat masalah kesihatan seperti dialami ketika diheret ke permainan lima set menentang Tim Smyczek dari Amerika Syarikat pada pusingan kedua sebelum ini.

“Selepas mengharungi tempoh yang agak kental, tiba masanya untuk saya menunjukkan keputusan yang lebih mengagumkan dan saya gembira dengan corak permainan saya hari ini,” katanya. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli