Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu pengsan, gadis maut dirempuh bas

No Comment


GUA MUSANG – Seorang pelajar yang baru seminggu memulakan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Ke sedar di sini terbunuh, manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah bas ketika mereka berjalan kaki.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang kelmarin itu, mangsa yang terbunuh ialah Nurkhairunnisa Hamzah, 20, (gambar) berasal dari Rawang, Selangor.

Dua lagi mangsa cedera parah ialah Nor Aina Sofea Mohd. Salleh, 18, dan Norhasili Shafikah Hasbullah, 20,

Nor Aina yang cedera parah pada paha serta mengalami pendarahan di kepala dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), manakala Norhasili cedera di tengkuk dan dirawat di Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar di kolej sama iaitu Siti Nurfalinda Mohd. Asri, 18, dan Nur Asila Atiqah Shaharuddin, 18, yang semasa kejadian berjalan bersama dengan tiga mangsa itu tidak cedera.

Nahas itu berlaku di jalan yang berbukit dan berhampiran perhentian bas di sini.-Kosmo!
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli