Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Ibu Bapa Bantah Larangan Rotan Anak

No Comment


KUALA LUMPUR: Tidakan kerajaan yang mehu menggubal akta baru larangan merotan anak telah mendapat bantahan dari ramai ibu bapa diseluruh Malaysia.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Rumaya Juhari memberitahu, cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan teliti sebelum langkah pelaksanaan dilakukan.

Ramai ibu bapa terdiri daripada pakar kanak-kanak, pakar psikologi, undang-undang dan agama membantah cadangan tersebut yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

“Kita harus sedar negara mempunyai perundangan Islam yang diguna pakai dalam perkara berkenaan. Cuma dalam bab merotan ini, Islam tidak pernah mengatakan ia perlu dilakukan secara berlebihan hingga berlaku penderaan.

“Cadangan berkenaan perlu diteliti kesesuaiannya agar jangan sampai ia melanggar apa yang telah digariskan dalam agama. Dalam Islam juga menyatakan disiplin bukan menghukum semata-mata tetapi mendidik,” kata Rumaya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan Malaysia memandangkan negara telah menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1994. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli