Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Nahas Belon Panas Korbankan 11 Orang Didedahkan

No Comment


CARTERTON 25 Jan. – Beberapa siri imej kemalangan belon panas yang terbakar selepas melanggar kabel elektrik dan menyebabkan 11 orang terkorban tiga tahun lalu, dipaparkan kepada umum semalam.

Portal, Mail Online melaporkan, gambar insiden udara terburuk yang pernah berlaku di New Zealand itu ditayangkan secara terbuka berikutan kes mahkamah yang melibatkan jurugambar kejadian berkenaan, Geoff Walker.

Walker merakam kira-kira 600 gambar, menunjukkan belon panas itu yang membawa 11 orang terbakar ketika terapung di udara sebelum jatuh.

Pada mulanya, imej rakaman itu dihantar sebagai bahan bukti kejadian dan diharamkan daripada ditayang kepada umum.




Namun, pegawai penyiasat, Peter Ryan diberi mandat menyiarkan empat daripada gambar kemalangan itu atas permintaan ahli keluarga mangsa dan media tempatan.

Walker bagaimanapun mencabar keputusan tersebut dan menuntut hak cipta gambarnya serta mendakwa, penyiaran gambar-gambar itu tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa.

Hakim, Allan Mackenzie menolak tuntutan Walker dan memaklumkan, gambar bukti kemalangan dipaparkan kepada inkues awam sepatutnya dibenarkan untuk tayangan, menurut laman web, Stuff.co.nz.

Bapa mangsa Alexis Still berkata, dia menyokong tayangan imej kemalangan kerana percaya perkara itu dapat mengurangkan risiko insiden pada masa akan datang.

Hasil siasatan kejadian berkenaan masih belum dikeluarkan, tetapi pada tahun lalu, pengemudi belon panas tersebut, Lance Hopping yang turut maut dalam kejadian sama didapati mengalami ketagihan dadah jenis kanabis dan menyembunyikan hal itu daripada pengetahuan pihak berkuasa-AGENSI
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli