Ibu mana yang tidak gembira apabila dapat melihat anaknya buat kali pertama selepas dilahirkan dan bayangkan bagaimana keadaan Kathy Beitz, 29 tahun dari Guelph, Ontario yang buta sebelum ini dapat melihat anaknya buat kali pertama.
Kathy menerusi bantuan cermin mata berteknologi tinggi, eSight, telah membolehkannya untuk melihat bayinya hanya selepas beberapa jam kanak-kanak comel itu dilahirkan.
Melalui sebuah rakaman yang dimuat naik di dalam YouTube, kelihatan situ menarik nafas terkejut dan berkata 'Oh my god!' sambil dia memegang wajah bayinya di katil hospital buat kali pertama.
"Lihatlah jari kaki yang panjang, Saya rasa dia kelihatan seperti kami." kata beliau.
Beliau hilang pengelihatan selepas menghidap peyakit yang dikenali sebagai penyakit Stargardt
"Buat kali pertamanya saya dapat melihat anak saya sendiri dan saya rasa sangat gembira," kata ibu muda itu.
"Selepas melahirkan, Beitz terus mahu berjumpa dengan anaknya," kata Yvonne Felix, kakak Kathy yang telah memuat naik video itu.
Felix, yang juga mempunyai penyakit sama, sedang mengumpul dana supaya lebih ramai boleh memperoleh cermin mata mahal ini di makeblindnesshistory.com.
Walaubagaimanapun cermin mata tersebut bukanlah murah iaitu beharga $15,000, jadi mereka terpaksa membuat kutipan derma melalui web tersebut bagi membantu mereka yang senasib dengan Kathy.-Siakapkeli.com.my