Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Resit Pejabat Agama Meragukan, Laporan Polis Dibuat

No Comment
Mohamad Shariff (dua,kiri) menunjukkan laporan polis dan surat arahan kutipan RM 200 oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar, semalam.
ALOR SETAR – Pejabat Agama Daerah Kota Setar didakwa mengeluarkan resit bayaran palsu kepada beberapa masjid di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Cegah Kemungkaran Masjid-masjid Kedah, Mohamad Shariff Nawab berkata, perkara itu berlaku selepas pejabat agama berkenaan mengarahkan setiap masjid menyumbang RM 200 untuk Tabung Mangsa Banjir Pantai Timur 2014.

“Selepas bayaran dibuat pada 31 Disember lalu, saya dapati ada beberapa maklumat meragukan. Terutama mengenai resit yang dikeluarkan oleh pejabat agama berkenaan.

“Mereka keluarkan ‘resit palsu’ tiada nombor siri serta logo jabatan agama. Sepatutnya, ia perlu menggunakan resit rasmi Majlis Agama Islam Kedah (Maik),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini, empat masjid di Kota Setar mengemukakan bukti resit palsu tersebut.

Masing-masing ialah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah; Masjid Al-Imiah Kampung Baru, Kuala Kedah; Masjid Kampung Ulu, Kuala Kedah dan Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah.

“Setelah saya siasat perkara ini, ia hanya berlaku di daerah Kota Setar. Persoalan saya, kenapa pejabat agama tidak keluarkan resit rasmi Maik.

“Ia sudah tentu menimbulkan persoalan kepada jawatankuasa masjid dan meragukan kami terhadap saluran wang tersebut,” katanya.

Mohamad Shariff berkata, mana-mana masjid di negeri yang mengalami nasib sama juga diminta tampil membuat laporan polis.

“Kita memang bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir, tetapi perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Kita bimbang kalau duit itu dimasukkan ke akaun individu tertentu,” katanya.

Difahamkan, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat pada 12 Januari lalu berhubung dakwaan penyelewengan kutipan wang tersebut.

Sebelum ini, Pejabat Agama Daerah Kota Setar telah mengeluarkan surat arahan rasmi bertarikh 31 Disember 2014 memohon sumbangan tabung masjid sebanyak RM 200 untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.

Menurut surat itu, wang tersebut perlu diserahkan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar atau kaunter pendaftaran pejabat Daerah Kota Setar.

Surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alauddin Abu Bakar turut dibuat salinan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli