Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1 Maut, 6 Cedera Dalam 2 Serangan Di Copenhagen

No Comment

COPENHAGEN – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan enam lagi cedera dalam dua kejadian tembakan di ibu negara Denmark semalam, termasuk satu yang menyasarkan pusat budaya yang menganjurkan debat mengenai kebebasan bersuara.

Insiden kedua, berhampiran rumah ibadat utama Yahudi di Copenhagen, menyaksikan seorang mangsa ditembak di kepala dan dua anggota polis ditembak di lengan dan kaki.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 40 tahun terbunuh manakala tiga anggota polis cedera dalam serangan di pusat budaya Krudttonden.

Tidak dapat disahkan bahawa kedua-dua kejadian itu adalah berkaitan.

Artis Sweden, Lars Vilks yang bertanggungjawab menghasilkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia pada 2007, adalah antara peserta debat.

Polis sedang memburu seorang lelaki bersenjata yang menyasarkan majlis debat berkenaan dan melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan polis.

Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt, menyifatkan kejadian itu sebagai “serangan pengganas” dan Amerika Syarikat turut mengutuknya.

Duta Perancis ke Denmark, Francois Zimeray, berada di tempat kejadian tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ia adalah usaha mengulangi serangan pada 7 Januari lalu terhadap pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris yang membunuh 12 orang. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli