Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengeluarkan arahan supaya pihak tentera berhenti menembak di Ukraine bermula seminit selepas tengah malam. - Foto AFP |
Mengikut perjanjian yang dipersetujui minggu lalu, pasukan tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong Russia akan mula mengundurkan senjata berat minggu ini bagi mewujudkan zon penampan yang luas.
Namun kebimbangan kekal tinggi bahawa pertempuran boleh tercetus semula akibat perebutan Debaltseve, hab kereta api strategik yang kini dikuasai kerajaan.
Tempoh beberapa jam sebelum gencatan itu bermula menyaksikan pertempuran hebat antara tentera Ukraine yang berusaha mengekalkan penguasaan ke atas Debaltseve serta lebuh raya menghala ke utara dari bandar itu.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengeluarkan arahan menerusi siaran langsung televisyen supaya pihak tentera berhenti menembak seminit selepas tengah malam waktu Kiev (2201 GMT).
Penduduk Donetsk, kubu kuat puak pemisah yang dibedil tentera Ukraine, melaporkan bedilan terhenti selepas pengumuman itu. – AP