Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 juruterbang belon panas pecah rekod dunia

No Comment


NEW MEXICO - Dua juruterbang sebuah belon panas selamat mendarat di persisiran pantai Mexico awal pagi, semalam selepas menjelajah hampir sejauh 11,265 kilometer merentasi Lautan Pasifik, sekali gus memecahkan dua rekod dunia dalam arena belon panas.

Kedua-dua juruterbang berkenaan, Troy Bradley dari Amerika Syarikat (AS) dan Leonid Tiukhtyaev dari Rusia, mendarat empat kilometer dari pantai Baja California yang terletak 480 kilometer dari pantai popular Cabo San Lucas.

Pada asalnya, mereka dijadual mendarat di Kanada atau AS, tetapi keadaan cuaca yang tidak menentu memaksa mereka berbuat demikian di Mexico.


Bradley dan Tiukhtyaev memulakan penjelajahan pada Ahad minggu lalu dari Jepun dengan menaiki belon panas, Two Eagles dan memecah sejarah pada Jumaat lalu apabila memadamkan rekod penerbangan paling lama yang dipegang oleh krew belon panas Double Eagles yang dikemudi oleh Ben Abruzzo, Maxie Anderson and Larry Newman.

Krew Double Eagles mencatat rekod penerbangan selama 137 jam pada 1978 ketika kali pertama merentasi Lautan Altantik.

Selain itu, Bradley dan Tiukhtyaev memadamkan rekod perjalanan paling jauh yang dicatatkan oleh pasukan Double Eagle V pada 1981 ketika merentasi Lautan Pasifik dengan jarak perjalanan sejauh 8,383 kilometer.

Rekod baharu yang dicatatkan oleh kedua-dua juruterbang berkenaan adalah jarak pengembaraan sejauh 10,695 kilomter dalam tempoh enam hari. 16 jam dan 38 minit.

Mereka berdua menghabiskan masa selama 15 tahun untuk membuat perancangan bagi projek itu, sekali gus memecahkan rekod dunia. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli