Alvin Dan Vivian Bebas Dari Tuduhan Persendakan Ummat Islam Dalam Isu 'Bak Kut Teh'
PUTRAJAYA: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan dan bekas kekasihnya, Vivian Lee tidak akan didakwa terhadap tuduhan memuat naik satu penerbitan dalam laman Facebook yang mempersenda umat Islam dalam bulan Ramadan.
Tuduhan itu adalah berkenaan memuat naik kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.
Bagaimanapun, mereka masih menghadapi dua tuduhan lain iaitu didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut dan mempamerkan gambar-gambar lucah dalam satu laman web. Pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditetapkan pada 6 Mac ini.
Perkara itu dicapai berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menggugurkan satu daripada tiga tuduhan yang mereka hadapi. - Utusan Malaysia
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini