Jutawan Langgar Mati Pengawal Keselamatan Rumahnya Kerana Lambat Buka Pintu Pagar
INDIA: Hanya kerana lambat untuk membuka pintu pagar rumahnya, seorang jutawan, Mohammed Nisham, telah melanggar pengawal keselamatannya menyebabkan mangsa meninggal.
Dia yang dikatakan hilang sabar selepas lelaki tersebut lambat membuka pintu pagar ketika pulang ke rumah pada lewat malam.
Pengawal keselamatan itu, K Chandrabose, 50, yang tidaks edarkan diri selepas dilanggar telah meninggal dunia di hospital.
Menurut doktor ,Chandrabose meninggal dunia selapas jantungnya tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana kecedaraan dalaman begitu serius.
Jutawan bongkak itu akhirnya telah ditahan dan kini berada di penjara berhampiran bandar Thrissur.
Nisham yang merupakan taikun tembakau turut mempunyai perniagaan lain termasuk hartanah, hotel dan saudagar permata di Timur Tengah. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini