Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sepasang Pengantin Bernikah Di Hospital

No Comment
SEPASANG pengantin terpaksa dinikahkan di Hospital Jempol di sini, hari ini, apabila jurunikah dimasukkan ke hospital itu. - Foto NSTP
BANDAR SERI JEMPOL – Sepasang pengantin terpaksa dinikahkan di Hospital Jempol di sini, hari ini, apabila jurunikah dimasukkan ke hospital itu.

Rosli Abu Bakar, 51, dan pasangannya, Maznah Ismail, 36, yang sepatutnya bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Jempol di sini, terkejut apabila diminta pergi ke hospital kerana jurunikah yang juga Pegawai Agama Islam daerah, Muzahar Mohd Deli, dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman sejak Isnin lalu.

Muzahar berkata, walaupun tidak sihat, dia perlu menjalankan tugas kerana tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menikahkan pengantin baru di wad hospital sejak menjadi jurunikah kira-kira 21 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahan kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Rosli yang berniaga di pasar malam pula bersyukur kerana walaupun bernikah di hospital, majlis itu berlangsung dengan lancar. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli