Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elly Mazlein Sahkan Sudah Hamil Anak Sulung

No Comment

Sebelum ini Siakapkeli ada menyampaikan perkhabaran gembira mengenai pelakon Amly Nadia dan Fizz Fairuz menimang cahaya mata sulung mereka dan kali ini bula giliran Elly Mazlein.

Elly Mazlein yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi kini sudah disahkan hamil anak sulung hasil perkahwinan bersama dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November lalu.

Perkhabaran ini dimaklumkan menerusi kiriman WhatsApp kepada Media Hiburan olehnya sendiri.

“Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak ‘pregnant’. ‘Gestational age’ satu bulan dua minggu. Doakan akak ya.

“Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat.”

Syukur mendekar perkhabaran itu. Diharap Elly dapat menjaga kesihatan dan tingkah laku ketika hamil. Apa yang Siakapkeli tahu kalau ada rasa nak marahkan suami tu marahkan sahaja dan tetapi jangan maki dan itu hanyalah petua. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli