Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Arsenal, Liverpool Rakam Kemenangan Penting, QPR Ceria

No Comment
PEMAIN Leicester City, Jeff Schlupp (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Hector Bellerin (kanan) pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi tadi. Keputusan penuh Arsenal menang 2-1. - Foto AFP

LONDON – Arsenal melonjak ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City dan Liverpool menyambung usaha baik menewaskan Tottenham Hotspur 3-2 di laman sendiri, awal pagi ini.

Dengan Mesut Ozil berfungsi di bahagian tengah, Arsenal mendahului 2-0 menerusi Laurent Koscielny dan Theo Walcott tapi Andrej Kramaric merapatkan jurang dengan gol yang menyaksikan Leicester mendominasi babak kedua.

Gol pertama Mario Balotelli dalam liga membantu kemenangan penting Liverpool apabila tuan rumah mendahului dua kali menerusi Lazar Markovic dan Steven Gerrard hasil sepakan penalti.

Namun, Spurs bangkit dua kali menyamakan kedudukan menerusi Harry Kane dan Mousa Dembele.

Arsenal yang menghuni tangga keempat mengumpul 45 mata daripada 25 perlawanan – dua mengatasi pasukan tangga keenam Spurs dan tiga mengatasi Liverpool.

Queens Park Rangers merakamkan kemenangan pertama di gelanggang lawan dengan kejayaan mengatasi Sunderland 2-0 menerusi jaringan Leroy Fer and Bobby Zamora.

Hull City turut ceria selepas menewaskan Aston Villa 2-0 hasil jaringan Nikica Jelavic dan Dame N’Doye. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli