Minggu lepas admin telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mempunyai masalah kesihatan dan di rawat di sana selamat empat hari.
Pada mulanya admin dirawat oleh pegawai perubatan di bahagian kecemasan dan dalam hati bisik ''Janganlah kena tahan''. Admin fikir macam tu sebab ramai sangat momok kata hospital kerajaan layanan teruk , jururawat garang dan malas.
Admin dirawat oleh seorang pegawai perubatan lelaki, muda tapi tidak pula garang seperti yang digemburkan. Layanan beliau agak baik dan sedikit tegas.
Satu khabar yang tidak sedap didengar, admin terpaksa ditahan untuk beberapa hari kerana sakit tersebut perlu mendapat rawatan. Rasa macam nak lari balik pun ada.
Admin dimasukkan ke wad 27 tingkat 5 tanpa sebarang persediaan seperti ubat gigi, tuala dan paling penting pengecas telefon. Adakah satu mimpi ngeri akan terjadi. Dalam fikiran macam mana layanan Nurse nanti. Garang sangat ke. Itu adalah kali pertama admin kena tahan di hospital. Mana ada pengalaman.
Katil ditolak oleh seorang Nurse berbangsa India yang memang mesra sekali dan sampai ke wad pada pukul 3 pagi."Mungkin awal lagi kot, tu nurse luar esok nurse di wad pula, garang ke?"
Susah sungguh hendak lelapkan mata memikirkan perkara ini sambil menahan sakit dan akhirnya dalam pukul 5 pagi terlelap.
Admin terjaga lebih kurang pukul 6 pagi selepas nurse datang dan membersihkan sedikit luka di lutut. Apa yang difikirkan nyata sebaliknya sebab layanan yang diterima tidaklah seperti yang dimomokkan, nurse di wad tersebut memang mesra dan petah bercakap.
Layanan meraka memang baik, bagi ubat, boleh "memerap" lagi nak itu, nak ini. memang macam-macam perangai pesakit di situ. ada seorang pak cik berbangsa india di sebelah admin. 'Time' makan nurse akan suap bagi makan!!. Mana momokan selama ini nurse garang dan malas tu.
Selepas dua hari di wad 27 admin dipindahkan ke wad 8b di wisma rekod iaitu sebuah wad lama dalam bagunan kayu.
nurse sibuk menjalankan kerja, mereka tidak sedar gambar diambil
Admin kesana sebab dikatakan ada kosong kerana wad 27 adalah untuk pesakit kritikal. Admin di bawa ke sana menaiki van hospital. Katil ditolak kerana tidak boleh berjalan.
Di wad 8b senarionya sama tidak jumpa juga Nurse garang. Nurse di wad tersebut pun baik-baik sampai boleh diajak bersembang. Di wad 8b katil admin betul-betul di hadapan seorang lelaki yang masuk tv3 baru ini yang dikatakan tidak ada waris yang datang menuntut.
Dah 3 bulan di hospital. Dia tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan hanya berhubung dengan dia melalui isyarat tangan.
kawan-kawan admin di hospital
Jadi mana momokan yang nurse hospital kerajaan layan teruk? malas? dan garang tu?
Cuma wad 8b ini sedikit kurang dari segi keselamatan dan perkara ini dah admin laporkan sebab pengunjung boleh masuk lagi walaupun 12 tengah malam dan perkara ini menurut pihak hospital meraka sudah ambil tindakan. Bagus lah macam itu.
Alhamdulillah admin sekarang sudah sehat dan best juga kat hospital rupanya sebab ada kawan-kawan baru. walaupun kenal sekejap mereka hormat sangat satu sama lain. Dalam bilik admin di wad 8b tu ada cina, india dan melayu. Sampai nak pergi tandas pun meraka tolong bukakan. Maklum la kita tak sihat.
Dari awal masuk sampai admin keluar seorang pun mereka tidak tahu bahawa saya adalah admin Siakapkeli. Cerita ini ditulis adalah untuk menceritakan bahawa apa yang dimomokkan tentang kaki tangan hospital kerajaan tidak la seteruk seperti diceritakan di media-media sosial. Mungkin ada terjadi di satu dua tempat. Jangan keran nila setitik. rosak susu sebelanga. - Siakapkeli.com.my
yang benar.
Admin